''I care about you, so I'll wait. You don't need to say anything. You just need to know that.''
i just want you to remember this. :) because you're the one that i hold very dear to my heart. :) someone who is there even though i'm not asking him to be there for me.
keikhlasan hati dia, kegedikkan dia, kecomelan dia dan keromantikan dia buat saya terpaut. kalau boleh, semua saya nak cerita tentang dia. ya. Dia. yang kini menguasai hampir keseluruhan hati saya. sentiasa sabar dengan karenah bukan-bukan saya dan sentiasa menerima saya seadanya.
Dia ada cara dia sendiri yang membuatkan saya rindu, walaupun langsung tidak pernah jumpa selama 3 tahun. Dia yang comel tapi sentiasa anggap diri hensem dimana saya sentiasa cakap dia sedang duduk dalam bakul sebab asyik puji diri sendiri. Dia yang kadang-kadang gedik tetiba selalu buat saya tersenyum. :)
malah, ketika saya menaip pasal dia pun, saya tersenyum sendiri. dia istimewa, walaupun dia selalu fikir dia serba kekurangan. kalau la dia tahu, dia sudah cukup sempurna untuk saya kan? segala yang saya mahu dalam seorang suami, ada dalam diri dia. dengan dia, saya rasa selamat, rasa dijaga dan rasa dipeduli walaupun saya sentiasa berperangai buat tak peduli pada dia tapi dia tidak pernah bising.
Dia yang kadang-kadang sweet tanpa disangka dan kadang-kadang agak innocent apabila bercerita. hampir 80% perbualan kami dalam telefon, saya yang bercakap tidak berhenti dan dia hanya mendengar. bila ditanya kenapa tak cakap, dia cuma jawab dengan ayat yang paling simple, saya suka dengar awak cakap.
Dia yang saya sharekan segala suka dan duka beberapa bulan ini, sentiasa menjadi pendengar yang setia. Dia yang sentiasa ada walaupun kena calling pukul 3 pagi, terjaga, melayan cerita saya, duka saya dan menenangkan saya ketika saya teresak-esak menangisi nasib diri bila ditinggalkan dahulu.
Dia yang parents saya anggap sebagai calon suami yang sesuai untuk saya sehingga saya dinasihatkan supaya jangan jual mahal dan terima dia. :) saya tersenyum apabila mendengar celoteh mak dan ayah tentang kebaikan dia di mata mereka. sampai parents saya memihak pada dia dan mengkritik saya pula. betapa sukanya mereka pada dia. belum jadi menantu sudah disayang-sayang apatah lagi kalau sudah jadi sebahagian dari family.
Dia, yang teristimewa bagi saya.
memang benar kata orang, apabila Tuhan mengambil sesuatu dari hidup kita, Dia telah menyediakan yang lebih baik untuk kita. Terima kasih Tuhan.
Dear God, if he is my other half and my soulmate,permudahkan segala halangan, kukuhkan rasa sayang antara kami dan biarlah cinta ini berkekalan sampai ke akhir nafas kami. Amen.