Hari ini tergerak nak buat entry pasal ini kerana terpengaruh dengan entry cik Hanis Zalikha. menarik betul topik ini sebab dulu ada juga buat senarai benda-benda yang ingin dibuat sebelum mati tapi bukan sebelum kahwin. HAHAHA. tapi cik Hanis buat sampai 12 benda dan saya, orang yang flexible, 10 pun jadi la sebab umur sudah meningkat, masa untuk single tinggal sedikit. jadi kita harus menjadi orang yang realistik. ngehngehngeh.
oklah, tanpa membuang masa yang memang sudah selalu terbuang begitu sahaja. bagus lagi buat benda berfaedah seperti menaip entry ini ketika di pejabat. HAHAHA. oi. report praktikal kau tu belum lagi terusik. tsk tsk. memang tak tidur la buat homework tu nanti. ceh. ayat skema. oi perempuan, apa kau melalut ini?! cepat buat entry ini. ok, Baiklah.
1. sebelum berkahwin nanti, saya nak enjoy hidup single sepenuh hati. apa punya simple list ini. enjoy dalam erti kata menikmati hidup dengan cara-cara yang saya suka. cara-cara yang saya suka merupakan cara-cara yang selamat untuk digunapakai. HAHA. makanya, tiada maknanya pengambilan dadah atau aktiviti yang merosakkan diri dilakukan dalam proses mengenjoykan diri semasa bujang.
2. ingin membeli kereta mini cooper. HAHAHA. ya, dan kalau saya membeli mini cooper, saya akan berumah di dalam kereta tersebut. oklah. terlampau tinggi pulak angan-angan ini. jadi saya gantikan mini cooper dengan kelisa kerana ingin mempunyai rumah untuk tinggal dan bukannya tinggal di dalam kereta. tsk tsk. takpa la. kelisa pun jadilah. T.T
3. membeli rumah bujang. bukan rumah orang bujang ye? rumah orang single ini akan dianggap sebagai asset yang berharga jika bergaduh dengan suami dan inginkan tempat untuk melarikan diri dari suami. ish. ko nie, awal-awal plan nak runaway from home. HEHEHE. eh, bukan. tiada niat macam tu, saya kan baik. rumah yang dibeli sebelum berkahwin akan disewakan apabila sudah berkahwin dan duit sewa itu boleh digunakan untuk membayar bil-bil di rumah baru yang dibeli selepas berkahwin. bijakkan? mesti la kan, budak business memang suka duit. HAHAHAHA.
4. belajar memasak sampai tahap masterchef. HAHAHA. oklah. sampai tahap bakal suami suka. sekarang ini pandai masak yang simple-simple je. paduhal saya cakap dengan semua lelaki yang pernah jadi kekasih saya dan bakal kekasih bahawa saya tak pandai masak. nanti kalau bagitau pandai masak, expectation akan menjadi tinggi. bila expectation orang tinggi terhadap saya, saya akan tertekan dan mogok tidak mahu masak. bestkan mogok? HAHAHA
5. pergi bercuti sendiri ala-ala cerita dalam tv tu. Best tu. selalu imagine traveling sorang-sorang.
6. belajar buat cupcakes,cakes dan sebakul dengannya. sekarang, benda ini langsung tak ada skill nak buat. mum saya sangat terer buat cakes. T.T kenapa la tak boleh transfer skill macam transfer kredit digi?!
7. driving long distance dengan confident. sekarang tak berapa nak berani nak drive. T.T iye, saya penakut dan mudah sungguh mencarut apabila orang memotong queue saya.
8. menaikkan berat badan tanpa melibatkan pembesaran perut a.k.a buncit.
9. belanja parents dan adik kecil pergi melancong dan makan makanan sedap-sedap. :D
10. bangun awal pagi kerana saya selalu bangun lambat akibat tidur lambat. bila la nak belajar tidur awal kan?!
sampai 10 je la ok? tak mampu nak buat panjang-panjang. lain la kalau buat topik pasal 20 perkara yang ingin dibuat sebelum mati. kalau yang itu, memang banyak la benda yang saya nak buat. harap-harap sempat buat. :D