One day you'll just be a memory for some people. Do your best to be a good one.

Sunday, 5 June 2011

K E M A T I A N

menunggu? sampai bila? kalau masa itu dipendek, dan ada di antara kami yang mengatakan goodbye selamanya, tidakkah hidup akan dipenuhi penyesalan?

kalau yakin bahawa dia lah orangnya, kenapa tidak diiyakan sahaja?

ketakutan itu masih ada dalam diri ini bisik kata hati.

tapi sampai bila mahu menjadi orang yang penakut? sampai bila masa akan menjadi sesuai?

argh! kamu tidak faham, bisik hati lagi. aku lelah membiarkan hati aku dipijak-pijak lelaki durjana.

tapi kamu yakin ka dia itu sama seperti bekas kekasihmu dulu?

bukan mudah membina dan membalut hati luka, lebih-lebih lagi apabila dikhianati cinta sedangkan aku setia mencintai.

memang bukan mudah tetapi tidak mustahil kan? bak kata pepatah; belum cuba belum tahu.

ya. tapi aku tidak sanggup melalui kekecewaan yang mampu membuatkan separuh jiwaku pergi. Lihat sahaja aku sekarang. hidup dengan kekuatan yang aku kumpul hari demi hari.

cinta memang akan sentiasa menyakitkan, cuma kamu perlu cari insan yang berbaloi dengan rasa sakit itu.

jadi saya harus pilih orang yang inginkan cinta saya sekarang?

jangan jadi bodoh. pilihlah dengan bijak. jangan ikut hati sangat. keputusan harus dibuat dengan logik.

tapi kalau kita pilih dengan logik, tidakkah tiada cinta di dalam hubungan itu?

aduh. pilihlah orang yang tidak akan mempermainkan hati kamu. jangan buta kerana cinta tapi jangan la kamu pilih seseorang semata-mata mengikut pemikiran logik. harus ada cinta dan logiknya di situ.

dan bila bercinta dengan logik dan realistik, maka tiadalah kelukaan? begitukah?

Bukan. tiada siapa yang boleh menjanjikan yang kita tidak akan terluka dalam mana-mana perhubungan. tiada hubungan yang sesempurna itu. kamu pun tahu kan? kita ini manusia yang tidak sempurna, pasti akan ada selisih faham dan pergaduhan. yang pentingnya dalam perhubungan itu, kita tidak akan mudah mengalah mencintai seseorang dan belajar untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

cakap sahaja tidak guna kan? kalau betul seperti yang dicakapkan, kenapa masih ada lagi perpisahan dan penceraian dalam dunia ini?

semua itu terpulang pada diri masing-masing. semua ini terletak pada diri sendiri. bukan semua hubungan berakhir dengan perpisahan dan bukan semua suami isteri bercerai-berai. ada juga yang sampai ke jinjing pelamin dan ada juga yang sampai ke akhir hayat berkahwin.

cinta itu bukan hanya ayat-ayat yang kau lafazkan apabila cuba memujuk rayu hati seseorang. cinta itu perbuatan. cinta itu perlu dijaga dan sentiasa dipelihara agar sentiasa mekar dan mewangi di taman hati.

cinta yang mati adalah cinta yang dibiarkan sahaja tanpa ada usaha dari dua-dua pihak untuk menjaga cinta.

dan kalau sudah cinta, kenapa tidak diiyakan sahaja dan diluahkan isi hati nya?

apa lagi yang ditunggu?tak kan menunggu kematian menjemput baru sedar?