One day you'll just be a memory for some people. Do your best to be a good one.

Sunday, 5 June 2011

sesuatu tentang aku

hari ini aku akan bercerita tentang aku. iya. anda memang membaca ayat yang betul. iya nya memang tentang aku. mesti menyampahkan?!

mesti kau cakap "balik-balik tentang kau je."

lepas tu aku smash balik cakap kau tadi dengan ayat ini;

"TAPI kan, sukahati aku la, blog aku." sambil buat muka seperti ini =.="

baiklah. berbalik kepada perkara di atas (sila rujuk tajuk post). saya orang yang bernama rynn adalah seorang yang memboringkan.

tak percaya?! cuba la baca blog saya. balik-balik orang cakap funny kalau cerita tentang kesedihan saya. agaknya tengok orang sengsara tu, mesti ketawa gelak-gelak sambil tergolek-golek atas katil sebab kau tengah bahagia kan?

tidak mengapa la. hidup kan seperti roda. kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah dan kadang-kadang kena gilis macam katak digilis tayar kereta. best kan tengok orang sengsara? *pergh. ayat yang sungguh sinis bagi orang yang sinis. orang yang tak sinis, jangan terasa. ini bukan tentang awak, ini tentang saya. tak usah nak perasan sama-sama dengan orang sinis.

ok. sambung balik. saya, orang yang bukan penyabar, bukan juga orang yang baik dan bukan juga orang yang jahat. saya adalah orang yang menjaga tepi kain sendiri. YES. bukan jaga tepi kain orang lain, ya cik dan abang?!

bukan juga saya nak takutkan orang tapi kita sebagai manusia, HARUS (harus cap lock untuk menekankan ayat) respect ruang orang seperti mana kita mahu orang lain respect ruang kita. tak kira la ruang katil, ruang meja, ruang tamu dan segala ruang yang anda ingin jaga tapi dalam hal ini saya lebih tekankan ruang privasi.

kadang-kadang saya naik hairan dengan manusia ini. memperkecilkan manusia yang lain sedangkan kita ini langsung tak sempurna. saya pun tak sempurna, saya sedar dengan fakta dan tiada autanya di sini sebab saya tidak malu mengatakan apa kekurangan diri saya.

kita memang tidak dapat memenuhi kehendak semua orang sebab semua orang berbeza dan kehendak mereka terhadap kita juga berbeza. yang penting, buat la apa sahaja yang membuatkan anda happy (tidak termasuk dalam perkara-perkara negatif, semuanya perkara yang positif-positif sahaja).

ok. sambung balik pasal tentang saya. saya perempuan, bukannya lelaki, separa lelaki atau separa perempuan. mana-mana tak berkaitan, tidak akan diperkatakan di sini. (macam la ada orang tanya kau kan?!)

saya, rynn punya cara saya sendiri. jadi kamu, pembaca yang terpaksa, terrela, direla, dipaksa dan se-lift dengannya, please, respect me and my blog.

terima kasih sebab membaca. ini entry yg agak-agak sinis di tengah-tengah pagi.

okbai.