One day you'll just be a memory for some people. Do your best to be a good one.

Tuesday, 17 May 2011

17 mei

aku sudah berjanji yang aku tidak akan bercerita pasal dia lagi. *sigh*. tapi sekarang terpaksa plak cerita. ada pulak terpaksa kan? paduhal blog sendiri. hahahaha. begini kisahnya, adik saya yang begitu rajin pergi berjalan-jalan telah terserempak dengan xbf saya dengan girlfriend baru dia. nasib la saya tidak terhegeh-hegeh mahu mengikut adik pergi jalan sama-sama.

huh. yang peliknya, dia masih lagi pakai baju yang saya pernah bagi pada dia. kenapa la tidak simpan rapat-rapat dan ketat-ketat di dalam almari? kamu kan sudah buang saya dalam hidup kamu, kenapa la tidak buang sekali semua barang-barang yang pernah saya bagi.

sigh. mengeluh lagi. once a lover, now a stranger. saya doakan kamu bahagia. tapi Tuhan, tolong jangan pernah ketemukan saya sama dia lagi. saya tidak mahu memandang muka dia lagi. please God. itu saja yang saya minta.

biarlah dia bahagia dan saya bahagia dengan cara saya. tidak perlu adakan pertemuan yang tak sengaja atau apa sahaja pertemuan yang ada. saya tidak mampu melihat dia sekarang. lain hari mungkin boleh kot.

only time can heal a broken heart. that is true. sekarang saya belajar step by step untuk tidak mengenang. once a beautiful memories, now a painful memories.

kthxbai. :)