One day you'll just be a memory for some people. Do your best to be a good one.

Monday, 23 May 2011

the good in goodbye.

It may take a while, but eventually you'll find the good in goodbye.

the good in goodbye ini hanya dapat dilihat apabila masa sudah mula berdetik lebih laju dan bumi berputar seperti biasa dan saya mampu menjalani hidup hari demi hari tanpa rasa kosong di hati.

Dahulu, saya diibaratkan zombie. hanya jasad yang berjalan, menjalani hari-hari dengan air mata. mata menjadi mata panda dan selera makan hilang. malahan hilang berat badan. hilang juga perut buncit yang dibela selama beberapa bulan.

hebatkan penangan break up? mampu membuat saya, seorang manusia yang biasanya kuat ketawa menjadi seorang yang setia mengalirkan air mata. ya, orang seperti saya menjadi serapuh-rapuh manusia.

namun perpisahan itu ada baiknya. dan kebaikan perpisahan itu hanya terlihat rahmatnya hanya pada waktu-waktu yang diizinkan Tuhan. dan seperti biasa, Tuhan menguji terlebih dahulu dan barulah sebabnya akan terlihat kemudian.

dahulu, mungkin saya tidak mampu mengatakan bahawa saya mampu hidup tanpa dia. sekarang, saya masih lagi bernafas dan menjalani hari-hari tanpa dia. ini rahmat yang saya sangat hargai. kerana saya sedar, dia tidak mampu lagi memberi kesan kepada hidup saya. dia, yang kini hanya tinggal kenangan sahaja.

kerana si peluka hati itu, saya belajar memberi masa kepada diri untuk menghargai diri dan memberi peluang kepada insan-insan lain yang berhak. tidak mengapa, hilangnya kamu sudah puas ditangisi dan sekarang saya belajar hidup demi diri sendiri dan keluarga tercinta.

benar katamu, satu hari nanti saya akan ok. sekarang saya berani mengatakan saya ok tanpa kamu. pada mulanya memang sukar untuk mengakui bahawa kita sudah tidak punyai apa-apa yang istimewa lagi. cuma kenangan sahaja yang tidak akan berubah, tetapi kita sudah menjadi insan yang berbeza. jauh sama sekali berbeza.

dan kerana kamu, si peluka hati, saya belajar berhati-hati menyayangi dan memberi hati saya kepada seseorang. hati saya yang sudah remuk, saya jagai dengan baik-baik agar kesakitan dilukai yang kamu berikan dahulu, tidak akan terulang lagi untuk kedua kali. cukuplah sekali, pengajaran itu amat saya hargai. kesakitan yang saya rasa, amat saya ingati, malah sampai sekarang, kepedihan hati bila tahu diri ini dikhianati oleh dirimu, masih bersisa walaupun sedikit, namun iya masih lagi memberi kesan.

kerana kamu, si peluka hati, saya menjumpai dia, lelaki yang istimewa itu. :)

oleh itu, saya ucapkan terima kasih kepada kamu kerana menemukan saya dengan dia, lelaki istimewa.

dan nikmat perpisahan itu, saya baru terasa sekarang.

hidup sangat manis dengan adanya dia, kekasih yang baik hati yang Tuhan kirimkan untukku :)

terima kasih.