One day you'll just be a memory for some people. Do your best to be a good one.

Wednesday, 6 July 2011

Aku Ada, Kau Ada?

wah, ayat di atas macam nak ajak bergaduh. HAHAHAHA. saja je buat gimik tak berapa nak menjadi. :P Hari nie, aku nak cerita pasal hobi. Semua orang ada hobi kan?


Aku ada hobi yang sangat suka membaca. mungkin sebab otak aku ini tak pandai nak berhenti berfikir, jadi baguslah otak digunakan dengan berimaginasi tentang plot cerita dalam buku yang aku baca. HAHAHA


aku suka membaca sejak dari kecil lagi. dulu suka baca cerita dongeng,komik dan novel penyiasatan. Dulu, buku kegemaran aku adalah siri Salma dan Siri Hardy Boy versi Bahasa Melayu. entah kenapa aku sangat suka baca buku penyiasat. Mungkin tertarik dengan misteri dan cara penyiasat menyiasat kot.


Sampai sekarang, aku masih lagi suka membaca cuma tidak seperti dulu lagi dimana aku boleh habiskan buku yang ada sampai 3 ratus muka surat lebih dibaca dalam sejam lebih. HAHAHA. speed reading la tu. tambahan masa tu, rumah aku dekat je dengan perpustakaan awam. dalam selang 2-3 hari, aku dah pergi pinjam buku lagi. aku suka pergi library, sebab boleh lepak sambil baca buku dan majalah secara free. :)


masa tingkatan-tingkatan, minat aku lebih kepada membaca buku dari penulis Agatha Christie. :) Buku-buku dari penulis Agatha Christie ini berkisar pada penyiasatan juga tapi lebih menarik isi kandungannya. Sanggup aku baca versi indonesia sebab tak ada versi bahasa melayu dan bahasa inggeris. Yang ada di library awam tu, semuanya bahasa indonesia. oleh kerana minat, aku redah je. hampir kesemua buku-buku yang ditulis oleh Agatha nie aku dah baca. cuma ada sedikit lagi yang tertinggal. hehehehe sangat ketagih baca buku.


masa tingkatan sekolah dulu, bestfriend aku, Fathiha pun sangat suka baca buku. dan genre pembacaan aku bertukar pergi novel-novel cinta pulak termasuk siri Harry Potter. HAHAHA. kami berdua sentiasa bertukar-tukar bahan bacaan sambil sama-sama meminjam dari library sekolah. aku sampai boleh baca novel masa cikgu biologi mengajar di depan. :P


masa masuk Universiti pulak, aku lebihkan baca buku novel cinta BI dan magazine. Jarang dah membaca bila masa untuk membaca buku pelajaran pun terhad sebab sakit otak baca buku pelajaran. HAHAHAHA. jadi membaca novel dan buku yang heavy memang dielakkan. HEHEHE.


sekarang nak aktifkan aktiviti membaca ini, mungkin aku perlu pergi library lagi kot? atau i just need to build my own library di rumah? HAHAHA. i will once ada rumah sendiri. my own house will have a library. :) so my children can learn reading awal-awal. Encik Raksasa nak ada studio seni di rumah sendiri. sama-sama la kita manfaatkan ruang yer? hehehe :P


nak buat macam nie la

smart siot. must do it di rumah sendiri.



elegant abis kalau buat pejabat di rumah macam nie.



lawa dan kreatif *drooling



cantik kan?



p/s: sekarang tengah membaca buku The Secret Adversary by Agatha Christie. well, ulat buku dah diaktifkan semula. :P

nota kecik untuk raksasa jahat : awak tahu hobi saya membaca buku, nanti hadiahkan buku yerr? :P