Saya sayang awak sangat-sangat lebih daripada saya sayang orang lain (minta maaf mak. hehehehe).
awak la orang yang paling memahami saya dari kecil sampai sekarang. tiap baris kata-kata nasihat awak, saya ingat selalu walaupun saya pelupa orangnya.
awak juga orang yang saya boleh cakap apa sahaja kecuali pasal hati sebab saya segan cerita dan selalunya bercerita tentang hati dengan bestfrends.
kari ayam awak juga paling the best in the world sebab awak masak dengan kasih sayang. :)
kadang-kadang awak ajak saya tengok football match, walaupun saya yang tak suka tengok pun tengok la juga sambil tanya soalan pasal bola. tengok badminton pun, ikut sama-sama cheers sampai sakit jiwa sebab tengok datuk lee kalah sama lindan.
ajar saya berbasikal sampai blh bawa basikal dengan tak pegang handle, bawa motorsikal sampai eksiden sendiri dan driving kereta dengan secara perlahan2 macam siput.
saya tahu pasal rambo pun sebab awak suka tgk cerita rambo. saya tgk cerita history pasal world war pun sebab awak suka tengok benda macam tu. walaupun kita selalu gaduh sebab berebut remote control tv, dan saya akan terpaksa mengalah selalu. HAHAHA.
awak selalu jadi kamus BI bergerak saya since dari sekolah rendah walaupun sdh byk kali dibelikan buku dictonary. hehehehe. awak juga selalu jadi bodyguard depan kami dua adik jika berjalan ke mana-mana. :)
saya sayang awak sangat-sangat. :) dan terima kasih atas segala kasih sayang yang telah diberikan selama 23 tahun saya hidup di dunia ini. selamat hari bapa :)
p/s : ambil dari note di fb saya.