cerita tentang hati memang susah.
apatah lagi hati sendiri. kau rasa kau boleh paham apa aku lalui?
melihat tidak sama seperti merasa kesakitan itu sendiri.
mana letaknya aku ini? hanya barang permainan pada setiap lelaki?
kau datang bila kau mahu. kau pergi bila kau tak perlu.
penat bercinta. percayalah. aku sendiri penat mencintai orang.
kadang kala aku terasa hati ini sebenarnya kosong dan hilang.
tidak aku berdegil mengenang cerita lama tapi aku tidak mahu mencintai sesiapa kecuali aku.
tinggi dinding yang aku bina untuk menjaga diri aku dilukai oleh lelaki durjana.
cara aku menjaga diri, melarikan diri dari cinta sebab aku tak mampu merasa sakit hati lagi.
pengajaran itu memang tertanam dalam diri aku.
aku belajar mempercayai, jadi jangan menjadi lelaki penipu.
aku belajar mencintai, jadi jangan menjadi lelaki yang kau cakap tidak sama seperti dirimu.
buktikan pada aku.
kau lain. lain dari lelaki yang pernah aku kenali.
dan apabila masa itu tiba, aku akan mencintai kau seperti mana cinta seorang isteri kepada suami.
cinta sampai mati.
dan aku bukan perempuan yang berjanji kosong dalam soal hati ku sendiri.