One day you'll just be a memory for some people. Do your best to be a good one.

Friday, 24 June 2011

Cinta lama, kau rasa aku akan terima balik?

" mungkinkah esok kita 'kan bertemu kembali, masihkah ada ruang di dalam hatiku tuk cinta yang pernah engkau miliki tuk selama-lamanya?" - Sofaz, dan bila esok.


lagu ini menjadi lagu ost dalam drama Nora Elena yang ditayangkan setiap hari isnin sehingga khamis. Drama ini baru je berakhir minggu lepas dan digantikan dengan cerita yang baru di TV3.


aku suka lagu ini sampai aku rasa aku boleh hafal. HAHAHA. tabiat lama memang susah nak dibuang. asal je ada lagu baru yang aku suka dengar, aku akan dengar sampai hafal lirik lagu. ada juga sampai praktis nyanyi di bilik mandi supaya expert nyanyi lagu tanpa lirik. HEHEHEHE


ok, berbalik kepada topik cinta lama ini, kau rasa aku akan terima balik ke? pernah juga suatu ketika, seseorang yang pernah bertakhta di hati suatu ketika dahulu, ingin kembali menghiasi hati setelah menjauh selama 3 tahun.


bukan apa aku buka cerita ini, aku teringat balik kenangan bersama dia ketika pergi kerja outstation. Dijadikan hal, tempat aku outstation tu, ada kenangan manis kami berdua. kenangan di mana aku disorong dalam kereta sorong sepanjang jalan kampung di sana. sweet kan? manis yang teramat manis kenangan sampai sekarang aku masih ingat.


ya, aku akui di antara kami memang banyak kenangan manis. Dia la satu-satunya lelaki yang aku bercouple sampai bertahun. dengan yang lain, asal nak jejak tahun, konfem clash. mungkin sebab aku tinggalkan dia dulu kot? tu yang karma tu. sampai sekarang asyik aku je kena tinggal dan kena reject cinta. :)


takpa la. dia memang lelaki baik cuma aku yang masih muda,cetek minda dan mentah dalam pemikiran. pernah juga dia suarakan selepas bertahun lamanya kami berpisah, dia ingin kembali. ok, dijadikan cerita, bila kami break (aku yang minta) dan aku ingin kembali, dia dah ada girlfriend menanti. as orang yang pernah buat jahat kat dia, aku biarkanlah dia bahagia dengan gf baru.


sekarang, dia nak balik kat aku, nak sambung cinta yang terputus dulu. aku cakap kat dia. kalau la itu yang kau ucap 3 tahun lepas, saat aku mahu kembali denganmu, memang aku terima. tapi sekarang, cinta yang pernah aku rasa untuk kamu, sudah aku buang jauh-jauh saat kau hina aku bila dah dapat gf baru. the power of new girlfriend.


sudah menjadi salah satu prinsip aku, aku takkan kembali kepada xbf. cinta lama, kalau diulang lagi kisahnya, tetap tidak sama rasanya especially kalau ada kes kecurangan, mengkhianati dan penghinaan. aku takkan kembali pada orang yang pernah hina aku, curangi aku dan mengkhianati kepercayaan aku.


biarlah dirayu dengan semanis gula ayat pun, aku takkan kembali kepada cinta lama. cukuplah sampai di situ. titik. tidak guna mengulang balik cerita yang kita tahu macam mana penghujungnya. hati bukan mainan, bukan untuk kau main tarik tali dengan dan bukan juga tempat kau singgah sebentar.


You made your choice and it wasn't me. So if one day you try to come back and the choice is mine, it won't be you.