ok, entry hari ini berkaitan cara-cara untuk maju ke depan (move on) apabila itu sahaja choice yang ada setelah melalui bad break up. Ini cara aku untuk move on, jadi kemungkinan ada yang tidak sesuai untuk digunapakai. hehehe. jadi follow je cara-cara yang patut dan sesuai dengan keadaan dan masa.
1. Cancel relationship
perkara pertama aku buat selepas break up, tak kira siapa yang minta kata perpisahan tapi selalunya kalau orang lain yang minta break ialah cancel relationship di fb. HAHAHA. yah. itu yang perkara pertama aku buat apabila si S memberi kata putus yang berbunyi ' kau tak serasi dengan aku dan lebih baik kita berkawan sahaja' madafaka. aku yang dalam keadaan extreme marah, terus cancel relationship di FB tanpa berfikir panjang sambil menyumpah dalam hati.
2. delete everything. I meant EVERYTHING.
selepas break, aku akan kumpul segala perkara tentang si polan dalam satu folder di laptop, then click delete and enter yes. ini termasuk segala-gala picture kami di facebook walaupun sayang dengan kenangan tersebut. kemudiannya, aku delete number handphone dalam contact list hp aku berserta gambar-gambar si polan.
3. simpan semua hadiah pemberian di dalam almari.
aku selalunya simpan semua hadiah pemberian si polan dalam almari sebab tak mahu sakit hati sendiri tengok barang tersebut. so memang banyak la anak-anak patung dalam almari (aku teramat suka anak patung jadi tak sampai hati nak buang). barang-barang seperti surat-surat, kad-kad dan sebagainya, aku buang dalam tong sampah. gambar berukuran pasport yang menghiasi purse pun aku simpan dalam kotak atau selit di mana-mana.
4. changing everything
selepas break, aku cuba buat perkara baru dan memperbaiki penampilan diri. aku kembali menjadi manusia sebelum ada boyfriend. aku bergaul dengan semua orang dan berkawan dengan semua orang. tapi perkara ini ada padahnya jika anda tersilap langkah berkawan dengan kawan lelaki yang gatal dan miang dan cuba mengurat main-main yang sudah mempunyai steady girlfriend atau bakal tunang. yah. I've been there.
5. remind myself everyday
mengingatkan diri setiap hari untuk menjadi perempuan yang kuat dalam memajukan diri dari masa lalu. kadang-kadang, akan ada hari dimana kamu rindu ex-boyfie dan ingin menghubungi dia. Oleh sebab itu, kenapa step mendelete no.hp ex-boyfie amatlah penting. nanti ex-boyfie bangga, ex-gf dia tak dapat lupakan dia.
6. proof to him that you are more than what he thinks he knew
yes. saya pernah buat benda ini pada ex-boyfie sampai dia shock teramat dan tak sangka saya mampu buat macam tu kat dia. apa kau ingat kau hensem sangat sampai kau rasa aku tak mampu cari pengganti kau? dulu, bukan main lagi suruh aku cari pengganti kau kalau mahu. mentang-mentang saya sayang awak, awak bagi saya ayat macam tu. huh. sekali awak minta break, saya tidak menoleh lagi selepas itu. best kan? tentu awak tak sangka hati saya ini sekeras ini. masa couple bukan main jadi king. selepas break, awak nak merayu balik dengan calling tak pandai henti dan message panjang berjela-jela minta maaf dan kata awak menyesal sebab minta break pun saya buat tak endah sebab saya sudah memberi warning dari awal perhubungan, kata perpisahan jangan dibuat main ikut sedap hati cakap. Epp . terlebih sudah. :P
7. forgive him
yang ini paling susah dibuat. percayalah, sebab kita manusia tak sempurna, jadi niat untuk membalas dendam atas segala kesakitan yang kita rasa supaya dia merasa seperti apa yang kita rasa akan sentiasa ada dalam diri. yang ini kira final stage dan kalau boleh melalui final stage ini, memang anda sudah move on dengan jayanya. :) apabila kita belajar memaafkan orang, kita akan menjadi bebas dari orang tersebut.
so, ini cara-cara saya move on selepas kena break up. ada juga cara lain seperti meluah dengan rakan-rakan, melancong dengan rakan-rakan atau sendiri, mendengar lagu dan menulis tapi saya malas nak taip panjang-panjang. hehehe. best of luck and may God bless you. :)
bila cinta terhenti di tengah jalan, bersabarlah kerana Tuhan telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik apabila sesuatu milik kita diambil dan pergi dari hidup kita. Kita hanya mengetahui rahmatnya apabila masa telah tiba. So, take your time and enjoy being single. After all, you have to love yourself before you can love someone else. :)
have a good day. :)