One day you'll just be a memory for some people. Do your best to be a good one.

Sunday, 28 August 2011

long gone and move on

kenapa agaknya group the script nie terer betul meneka apa yang aku telah rasakan? siap ada lagu lagi untuk keadaan aku ini. hahahaha

lagu long gone and move on benar-benar membuka mata aku. aku yang masih mengenang dia, masih teringat dia, masih memikirkan dia dan sepanjang perpisahan itu, sekali pun aku tak pernah lupa untuk terkenang.

aku masih stuck dalam lubang hitam yang sama, lubang yang aku diami hampir 5 bulan lalu? 29 mac, 29 april, 29 may, 29 jun, 29 julai, 29 ogos ini.

mengetahui dia memblock acc fb aku membuat aku terpikir, untuk apa? kenapa tidak kau lihat perempuan yang pernah kau sakiti ini?

pedih untuk mengenang bukan? hakikatnya, pedih lagi bagi aku yang ingin sekali melepaskan diri dari genggam memori kita.

semalam aku pergi ke marina bay, tempat pertama kita date secara official. dan tempat itu seperti terbiar dan terbuang. aku rasa tempat tu pun terkena tempias hilangnya cinta kita. hahaha

Tuhan pun tahu menyedarkan aku melalui tempat kan? menyedarkan aku bahawa kau telah pergi dan telah lama move on dengan seseorang dan aku adalah manusia yang bodoh, yang masih mengingati kau seperti luka itu berlaku semalam. 

cuma sekarang, aku kurang sudah menyalahkan kau. kurang sudah rasa marah, benci dan dendam terhadap kau. 

aku kadang-kadang terfikir, bagaimana kau hadapi aku bila suatu hari nanti kau terjumpa aku dengan orang lain?

kadang-kadang terfikir, bagaimana rasanya menyintai orang lain semudah itu.

dan aku masih lagi terfikir, kenapa dengan kau, aku begitu susah untuk melupakan hal-hal yang lama sedangkan aku tahu, aku seharusnya tidak lagi peduli tentang kau langsung sekarang kerana aku tak berhak dan aku tak perlu.

masih cinta pada dia? tidak lagi. cuma sekarang, aku akan tersenyum terkenang kenangan kami dan bukannya menangis. itu aku anggap bahawa sebahagian diri aku sudah melepaskan dia pergi.

aaahhh. kenangan memang indah kalau dikenang tapi bukan aku rindu pada orangnya. cuma rindu kenangan.

aku tahu, aku mampu memberikan kenangan terindah untuk kau. cuma sekarang, kau belum dihantui kisah lalu seperti aku.

hidup, sekarang kau bahagia selalu, sedangkan aku belajar untuk membahagiakan diri hari demi hari.

tapi terima kasih kerana menguatkan aku.