One day you'll just be a memory for some people. Do your best to be a good one.

Friday, 22 July 2011

kereta vs girlfriend.

entri ini khas untuk para lelaki yang mencintai kereta melebihi teman wanitanya.

isu nie timbul apabila kawan saya di facebook mengatakan bahawa lelaki akan sangat-sangat marah jika keretanya ada masalah dibandingkan jika ada masalah dengan teman wanitanya. HAHAHA. he's true. sangat benar. amat benar dan sebenar-benarnya.

nak tahu bagaimana saya tahu bahawa itu adalah satu kebenaran? saya pernah menolak kereta teman lelaki saya dahulu (sekarang sudah menjadi bekas teman lelaki, dimana saya rugi menolak kereta dia tanpa ada balasan) apabila kereta itu meragam dan tidak mahu start enjin.

saya sebenarnya amat membenci kereta tersebut kerana dalam banyak-banyak hari, hari teman lelaki membawa saya pergi dating, hari itu juga la dia rosak. 

mesti kamu orang rasa tak adil saya marah pada kereta itu sedangkan baru sekali terkena. di sini saya ingin menambahkan bahawa, kereta itu pernah ada hangus wayar di bahagian enjin sehingga mengeluarkan asap putih menyebabkan saya panik dan menganggap akan mati cepat kalau tak keluar awal dari kereta. ok. sangat dramatik. abaikan sahaja. :P

bila wayar hangus, konfem la tak dapat start enjin. memang dalam hati dah memaki-maki kereta itu. tak boleh bagi orang dating senang hati. hahhahaha

dalam banyak-banyak kereta, kereta itu la paling celaka terbaik. -.- sentiasa ada masa untuk kenakan saya balik. 

para lelaki, sanggup habiskan duit untuk tukar atau tambah accesori terbaru kereta mereka just to impress the girls. ini selalu dilakukan oleh lelaki yang kurang daya tarikan (minta maaf tapi ini atas dasar pemerhatian saya sendiri). lelaki, kalau ada kereta rugged atau cantik, yang tak hensem pun jadi hensem. hahahaha :P tapi tengok je lelaki handsome, relax je. (saya jenis yang suka tengok body lelaki yang fit. minta maaf kepada lelaki yang tak fit bodynya) 

dengan mengubahsuai kereta menjadi sesuatu yang cantik, konfiden level mereka ada naik sikit dibanding orang yang hanya ada kereta biasa-biasa je.

dan perempuan sentiasa menyampah dengan kelakuan mencintai kereta lebih daripada mencintai gf sendiri. hahahahaha. aku adalah salah satu daripada perempuan-perempuan ini. :P

oklah. kereta w**51**, boleh tak awak buat perangai shit awak tu dengan gf terbaru dia sekarang? kenakan dia macam awak kenakan saya. saya nak juga dia merasa tolak kereta petang-petang. :)

okthxbai.

p/s: oh ya, rims awak yang ribu-ribu tu, kami tak heran. hahaaha apatah lagi dengan bunyi musik yang kuat-kuat di kereta awak tu. kami tak heran langsung sebab hati yang suci sukar untuk dicari. hahahaha :P