One day you'll just be a memory for some people. Do your best to be a good one.

Monday, 4 July 2011

''I think I'm afraid of being happy because whenever I get too happy something bad always happens.'' - Charles M. Schulz

mesti benda macam ini akan berlaku. masa nak rasa bahagia atau jatuh cinta, mesti ada benda yang buat aku tak senang hati.

sebagai contoh, aku agak sensitif kalau orang dah teriak-teriak kat telinga especially kalau orang tu boyfie aku sendiri. yah, aku tahu la tak payah nak sensitif tahap gaban but still aku rasa tak best. huh.

sudah la kena abai, diteriak-teriak lagi dan kena sindir. atau aku yang terlebih sensitif? huhuhu. tak tahu la. tapi rasa lain macam je.

kalau dulu, bukan main menyakinkan aku, sekarang cakap, kalau tak mahu, tak apa la. -.- mana la perginya keinginan untuk menyakinkan? takkan dah dapat terus tak mahu fight lagi? huh. perangai yang paling aku anti kalau bab lelaki ini ialah TAK KONSISTEN.

hari ini buat dengan grand, siap buat kita jatuh cinta. siap nyanyi lagu sampai aku senyum ke telinga. sekarang? nak dengar suara pun susah, nak dengar dia nyanyi lagi susah. baiklah.

mana la orang perempuan tak suka main tarik cinta, dah puas kasi main hati lelaki, mari kita lari sebab lelaki tetap sama. lelaki dah dapat awek, konfem ambil sambil lewa. sedar la. awek tu bukannya tak ada hati. nanti marah pulak kalau kena main. abis kerja buat sambil lewa, siapa la nak? awal-awal je yang beria-ia nak sangat, lepas dapat terus la bye-bye usaha untuk maintain.

eh. malas la nak taip banyak walaupun banyak benda nak cakap. yang penting, aku kasi luah. nak cakap dengan tuan badan, konfem la aku tak cakap. diam-diam saja lah.

just keep on reminding myself, don't love too much, hope too much, want too much because too much can hurt so much. cukuplah pengalaman lama mengajarku.

baru je nak happy-happy, lepas tu sakit hati sendiri. huh. nak humban diri pergi gaung la.

kthxbai.