One day you'll just be a memory for some people. Do your best to be a good one.

Sunday, 31 July 2011

aku suka mengenang hal lama. kenapa ya? otak ini tak pandai letih mengingatkan hal-hal lama. entah-entah hanya aku yang mengingati hal yang lama sedangkan orang yang pernah menyentuh hidup aku sudah hilang ingatan tentang kami dahulu. 

bukan juga aku rindu tapi kenangan itu sangat manis bila diingat kembali. orang yang bersama-sama mencipta kenangan tu konfem la sudah berubah hati. kadang-kadang hal lama nie macam satu peringatan. satu pengajaran yang patut kita ingat agar kesilapan kali kedua tak kan berlaku.

aku sebenarnya bahagia dengan hubby. kadang-kadang dia sangat comel. hahaha. seperti ingin ku cubit-cubit dan gigit-gigit sahaja kalau perangai minta puji naik peratusan. kadang-kadang dia layan juga perangai gila-gila aku yang selalu cakap benda pelik-pelik. entah kenapa dia layan jak. kadang-kadang melebih-lebih lagi tu.

aku rasa macam kembali bercinta pada cinta masa budak-budak sekolah dulu dimana hanya ada rasa yang ada dalam hati. tiada dating. even nak kata dia romantik, jauh sekali. cuma ada rasa rindu dan sayang seikhlas hati dari dua pihak. ikhlas untuk menyayangi dan menerima seadanya. 

kadang-kadang adakala nya aku geram juga dengan perangai dia tu. endah tak endah dengan aku. kecik hati ku siapa la tahu kan? lagipun aku kecik hati sekejap je. lepas tu lupa. cuba la kecik hati lama sikit kan? hmmm. tak ada idea nak tulis apa. entry ini pun entah apa-apa.

kthxbai