One day you'll just be a memory for some people. Do your best to be a good one.

Sunday, 26 June 2011

J A N J I.

aku senang bercerita tentang hati meski bukan hati ku sendiri atau bercerita tentang sesuatu di luar fikiran di blog ini. boleh dikatakan hampir semua apa yang aku taip di sini memang karya yang tiada dirancang, karya implusif dan sedikit sebanyak dari pengalaman aku sendiri.


janji. sebaris kata ini memang memberi impak yang besar kepada mana-mana manusia yang sedang bercinta. biasa la bila bercinta, semua orang selalu berjanji yang manis-manis sahaja. disebabkan itu, ada pepatah mengatakan, jangan berjanji ketika gembira dan jangan buat keputusan melulu bila marah.


dalam satu perhubungan memang tidak dielakkan kita sebagai manusia untuk berjanji seperti janji-janji sehidup semati, setia,kahwin dan sebagainya.


tetapi sebenarnya, janji yang diucapkan hanyalah janji pada mulut, hanya sementara dan bukan sesuatu yang akan dipegang sampai bila-bila. dan kerana itu lah ramai manusia kecewa apabila janji tidak ditepati, apabila janji tidak ditunaikan dan janji dilupakan.


bila sesuatu perhubungan berada dalam situasi krisis seperti krisis ekonomi yang melanda di USA atau krisis kesalahfahaman komunikasi di antara dua pihak dan macam-macam lagi. Manusia selalunya akan merasa tertekan dan ingin melarikan diri serta melupakan segala-gala janji yang pernah disebut kepada pasangan mereka.


Aku pernah dijanjikan untuk berbincang baik-baik ketika ada perselisihan faham tapi janji hanya tinggal janji kerana kami tidak berbincang pun tetapi makin menuding kesalahan di antara satu sama lain. marah boleh menyebabkan manusia menjadi sejahat-jahatnya raksasa.


aku dijanjikan setia dan selamanya tapi akhirnya terputus jua di tengah jalan. patutlah ada banyak lagu putus cinta di pasaran. sebab ramai yang berjanji kosong sahaja dan tidak mengotakan janji.


aku manusia yang paling susah berjanji dan sekali aku berjanji, aku pegang janji aku. sebab aku tahu betapa sakitnya bila janji tidak ditepati. tapi mungkin hanya aku yang memegang janji dengan teguh tapi bukan dia. memang itulah kesilapan aku yang terbesar, menganggap bahawa dia seperti aku.


nasihat aku, jangan berjanji benda yang kau tahu kau tak mampu tepati. jangan musnahkan hati orang lain. jangan layan orang seperti kau tidak mahu dilayan. layan orang lain seperti mana kau mahu dilayan.


Too many people make promises that they can't keep when they're in love.